Polisi Perlindungan Data Peribadi
Polisi ini menggariskan cara Zakat Selangor mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan, menggunakan dan memusnahkan data peribadi anda berhubung dengan urusan kutipan dan agihan zakat di Zakat Selangor (kemudian ini dirujuk sebagai “memproses”).
Polisi dan Rangka Kerja Pendedahan Maklumat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) komited dalam memastikan warga kerja di setiap peringkat mengamalkan nilai integriti yang terbaik dalam melaksanakan mandat dan kuasa yang diberi bagi menguruskan kutipan dan agihan Zakat di negeri Selangor. Ini selaras dengan misi LZS iaitu “Memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan professionalisma dalam urusan kutipan dan agihan Zakat.”
Polisi Hadiah
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengamalkan Polisi Hadiah sebagai sebahagian daripada inisiatif anti-rasuah bagi menyemai budaya integriti dan ketelusan di dalam pengoperasian LZS.