Impak Anda

Bagaimana Anda Membantu?

Apakah Erti Zakat Anda Kepada Mereka

Menunaikan zakat melalui organisasi dipercayai seperti LZS adalah saluran langsung atau terus untuk membantu sesama Muslim yang menghadapi kesulitan hidup. Zakat anda mempunyai potensi besar untuk memberi impak yang mendalam kepada kehidupan komuniti Islam.
Zakat juga menangani isu mendesak seperti keperluan makanan, tempat tinggal, keperluan perubatan dan pendidikan. Anda memberi talian hayat yang tidak ternilai untuk mereka berjuang meneruskan hidup dengan memenuhi keperluan asas. Kasih sayang juga disampaikan melalui setiap perkongsian yang menjadikan impak zakat ini lebih meluas.

Jenis Bantuan Yang Anda Salurkan

Bantuan Keperluan Asas
Menunaikan zakat melalui organisasi dipercayai seperti LZS adalah saluran langsung atau terus untuk membantu sesama Muslim yang menghadapi kesulitan hidup. Zakat anda mempunyai potensi besar untuk memberi impak yang mendalam kepada kehidupan komuniti Islam.
Bantuan Perubatan
Selain menghidap penyakit dan/atau hilang upaya, ramai individu dan keluarga di sekeliling kita lumpuh dari segi kewangan akibat kos perubatan dan kos rawatan. Sumbangan anda kepada Bantuan Perubatan meringankan beban ekonomi dan mental yang ditanggung oleh mereka.
Bantuan Pendidikan
Kami percaya bahawa tiada sesiapa pun harus dilucutkan hak untuk mendapatkan pendidikan kerana kekangan kewangan atau kesusahan lain dalam hidup mereka. Bantuan Pendidikan ini memastikan pembayaran Zakat anda digunakan untuk menjamin masa depan dengan peluang yang lebih baik untuk ramai minda muda yang berpotensi dan bersemangat.

Apa Yang Berlaku Selepas Anda Membayar?

Pemeriksaan Teliti

Pemeriksaan yang teliti adalah satu kemestian untuk memastikan pemohon bantuan Zakat layak bukan sahaja untuk Zakat tetapi juga untuk bantuan tertentu yang dimohonnya.

Keputusan Pantas

Keputusan akan dibuat secepat mungkin (dalam keadaan tertentu, ini bermakna hanya 2 jam!)

Pemakluman

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan sewajarnya.

Cara Mudah Ubah Nasib

Tunaikan Zakat Sekarang!